Bismillahirrahmanirrahim....السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebuah laman yang ingin dihiasi dengan bunga-bunga mawar yang indah mewangi, berpagarkan duri yang menjadi benteng bagi melindungi keindahan si bunga daripada tercemar nilainya...




Thursday, 28 August 2008

Warisan




Teringat menyanyikan lagu ni semasa orientation sebelum ke U.K...bagi menaikkan semangat dan kesedaran kami, apatah lagi bila menyanyikan lagu ni beramai-ramai di dalam dewan yang digelapkan... Setiap kali menyanyikan lagu ni, masih ada rasa berkobar-kobar (all the way deep inside, as Aimy said)




"Semoga bangsaku akan kuat bagi menegakkan agama Islam dan mempertahankan kesejahteraan negara dan semoga Allah SWT memberkati dan melimpahkan rahmat-NYA ke atas negaraku, Malaysia...amiin."



Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara...

No comments: