Bismillahirrahmanirrahim....السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebuah laman yang ingin dihiasi dengan bunga-bunga mawar yang indah mewangi, berpagarkan duri yang menjadi benteng bagi melindungi keindahan si bunga daripada tercemar nilainya...




Sunday, 24 August 2008

Tilawah Al-Quran








Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke - 50 pada 18 Ogos 2008 jam 8.30 malam bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.

Dalam titah ucapan baginda menyeru ke arah dakwah supaya sentiasa berusaha dan berdoa semoga pelbagai pihak terutama generasi akan datang sentiasa sedar akan arah tuju hidup di dunia ini. Umat Islam juga diseru supaya memahami peranan dan amanah sebagai khalifah yang perlu ditunaikan serta bersiap sedia untuk mengharungi serta mengatasi cabaran di abad 21 ini.


Seramai 62 peserta yang mewakili 38 buah negara telah hadir untuk memperdengarkan bacaan masing-masing sempena Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa.




............


(Qariah Malaysia - pada 21hb. Sya'aban 1429H - Sharifah Khasif Fadzilah Binti Syed Mohd. Badiuzzaman mendapat tempat kedua dengan 91.5 peratus.)




................

~ Nazeem n Faraheen pergi pada 19/08/08; Nor, Faraheen and Batrisyia on the 23rd, and on the last night semasa penutup, Nor went with Nazeem...alhamdulillah... :-)

No comments: