Sebagai peringatan kepada diri tentang DIA...
**********************************************************************
Di sini Aku
Satu malam sedang seorang hamba Allah asyik menyebut "Allah""Allah""Allah"..., datang Iblis kepada hamba Allah itu lalu berkata, "Wahai orang yang banyak bercakap, pernahkah Allah menjawab "Di sini Aku" apabila engkau memanggil-Nya atau menyebut-Nya? Bukankah tidak ada satu jawapanpun yang engkau dengar? Berapa lama lagikah engkau hendak menyebut nama Allah dengan sia-sia sahaja?".
Si Hamba Allah ini pun terus termasuk pada akalnya bisikan Iblis itu dan terasa juga kebenaran kata-kata iblis itu lalu ia pun tidur. Di dalam tidur itu ia bermimpi bertemu dengan Nabi Khidir yang berkata kepadanya, "kenapa engkau berhenti memuji dan menyeru Allah? Tidakkah engkau mahu menyebut dan memuji Dia?"
Si Hamba Allah itupun menjawab, "Aku tidak pernah mendengar jawapan, "Di sini Aku" dari Allah, adakah aku dibenci-Nya?"
Nabi Khidir berkata, "Itu anggapan yang salah, Allah berfirman bahawa sebutan "Allah" engkau itu adalah jawapan "Di sini Aku" dari Allah. Disebalik setiap seruan "Allah" kamu itu banyak terpendam jawapan "Di sini Aku".
(petikan daripada sebuah laman ilmu)
**********************************************************************
Dari Allah kita datang kepada Allah kita pulang....
"Ya Allah, aku mohon berlindung daripada lupa dan lalai di dalam mengingati-Mu."
No comments:
Post a Comment