Bismillahirrahmanirrahim....السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebuah laman yang ingin dihiasi dengan bunga-bunga mawar yang indah mewangi, berpagarkan duri yang menjadi benteng bagi melindungi keindahan si bunga daripada tercemar nilainya...




Sunday, 2 November 2008

Upin & Ipin



Watched this Upin n Ipin episod with my nieces and nephews masa buka puasa kat kampung, good reminder for them (and adults too, hehehe)..

We didnt buy food at bazar Ramadhan as suka masak sendiri...., alhamdulillah tak lah membazir for berbuka and bersahur...but towards the end dah habis ideas what to cook..ha ha..


anyway...cute lah kartun ni...








Larangan membazir dan berboros dalam makanan serta minuman ditegaskan di dalam Al-Quran : Surah al-A`raaf, ayat 31.


"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."



Ahmad Mustafa al-Maraghiy dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Maraghiy menegaskan bahawa makanan serta minuman termasuk perkara asas dalam kehidupan, namun terdapat dua kelompok yang hilang pedoman dalam kedua-dua perkara ini.

1. Orang yang bakhil dan orang yang keterlaluan dalam beragama - mereka yang tidak mahu makan dan minum daripada rezeki yang baik dan enak, sama ada disebabkan oleh perasaan bakhil dan kikir atau sanggup menyusahkan diri sendiri dan ingin menjauhkan diri daripada dosa untuk selama-lamanya atau hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja dalam setahun.

2. Orang mewah yang berlebih-lebihan dalam menikmati kelazatan jasad dan menjadikannya sebagai asas segala tumpuannya. Mereka makan, minum dan berseoronok sebagaimana yang dilakukan oleh haiwan ternakan. Mereka tidak memiliki batasan atau sempadan yang dapat memberhentikan mereka daripada makan dan minum.

(Rujukan : IKIM)

No comments: